Khamis, 11 Februari 2010

- Tasik Kenyir-

"NIE NAK CITER HAL TASEK KENYIR PULOK LAH....tapi kali nie laen ah, nak guna bhasa baku sket..baru klah org ganu kiter..
 
 tasek kenyir...dinegeriku…
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Nie nak bagitahu hal baik punya kat kaum hawa yang suka shopping la kan…
Tasek kenyir kawasan bebas cukai 2012
Terengganu akan maju setapak lagi apabila tasik buatan manusia, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu akan menjadi kawasan bebas cukai mulai tahun 2012.

Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu.
kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya
300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir.
dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong.
Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir,

Katanya untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan  elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta.   

 
apabila kawasan bebas cukai berkenaan beroperasi kelak, beliau yakin kedatangan pelancong ke Terengganu akan berlipat ganda daripada antara tiga hingga empat juta pelancong setahun pada masa kini.

Habis la stakat nie bukan senang nok wat ayat bhasa baku kiter nie pekat ganu jadi kena ada pembantulah..hehehhe  
Kenangan naik bot